Friday, November 19, 2010

al-quran panduan hidup manusia


Al-Quran ialah kitab suci bagi umat islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang allah turunkan kepada nabi muhammad melalui perantaraan malaikat jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan lailatul qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat.yang pertama dari allah kebaitu makhfuz,dari baitul makhfuz ke baitul izzah,dari baitul izzah kepada nabi muhammad s.a.w.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada nabi muhammad melalui perantaraan malaikat jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. 

 al quran diturunkan selama 23 tahun iaitu 13 tahun di mekah dan 10 di madinah terdapat hadis yang menyatakan bahawa wahyu yang diturunkan di mekah ialah sebelum baginda berhijrah ke madinah dan wahyu yang diturunkan di madinah pula adalah selepas penghijrahan baginda ke madinah.ada juga hadis yang tidak bersependapat dengan hadis yang pertama tadi.setakat ini hadis yang boleh diterima akal ialh hadis yang pertama tadi.al-quran diturunkan kepada baginda dengan pelbagai cara contohnya dalam rupa asal kejadian,menyerupai seorang lelaki,seperti bunyi loceng,disampaikan terus kedalam hati rasullulah s.a.w.  

No comments:

Post a Comment